Assalamualaikum.
#uyunanasha
Finally i update phewww.
Japan adalah negara yang paling lama aku pernah pergi bercuti.
Plan asal sepatutnya seminggu je tapi potpetpotpet maka jadilah 2 minggu.
Kitorang pergi masa winter and hanya cover Tokyo dan Osaka sahaja so tempat-tempat bersalji tu tak pergi.
Orait, firstly macam mana aku boleh ter-pergi ke japan ni ha sebab uyun mengajak, kalau tak memang tak pernah terlintas langsung nak pergi sana T_T.
So bila uyun dah ajak, aku pun open invitation ke kawan-kawan lain and ana pun nak join so dari situ la terhasilnya #uyunanasha.
Trip ni memang kitorang bertiga je dari MY tercinta.
Preparation
1. Tiket flight
Book tiket flight awal-awal masa tengah bulan. Masa tu tiket flight air asia ke Tokyo Haneda Airport RM370 and tiket flight balik dari Kansai Airport RM850, tapi luggage and meal tak termasuk so add on la.
2. Budget
Bila pergi travel ni mestilah kena ada budget kan, mana ada travel yang free.
Jadi awal-awal dah saving seribu dari duit gaji setiap bulan, tak dapat seribu, saving 500 pun ok tapi kena mula saving dari awal tahun la.
Overall budget 2 weeks adalah RM5k+++ tapi sebab aku ter-beli gopro jadi RM6k+++.
3. Money Exchange
Bila nak tukar duit? Tukar la bila rate mata wang dah turun, kebiasaannya akhir tahun memang rate turun sikit tapi rajin-rajinkanlah diri update mana tau dapat rate rendah untung lah.
Masa aku tukar 4k+++ ni rate dy 0.0354 so dapat la 120 000 yen.
4. Penginapan
Kitorang usha dekat airbnb,
Senang je korang hanya perlu buat account or senang hanya log in with facebook and pilih nak stay mana, ada banyak gila rumah seriously berpinar mata nak pilih, harga pun macam-macam ada.
Satu lagi tips korang kena study dulu map/peta attraction place yang korang nak g, lepas tu nanti pilih tempat tinggal yang dekat dengan attraction tu, dan cari yang tempat tinggal yang ada public transport/ train/subway/bus berhampiran, jadi senang korang nak gerak g mana-mana.
InsyaAllah airbnb selamat dan boleh dipercayai. Host dia pun baik.
5. Transport
Kitorang memang guna subway/train/bus.
Naik subway untuk pergi jalan-jalan.
Naik bus untuk ke Kawaguchiko, balik rumah di Osaka dan pergi ke Kansai Airport.
Ada banyak tiket kalau korang google, so dekat Tokyo 3 hari pertama kitorang guna Tokyo Metro Subway 3-day Pass berharga 1900yen, yang ni beli dekat Haneda Airport je senang.
Next day kitorang guna 1-day pass berharga 600yen, ada jugak yang 1000yen tapi kawasan line subway tu kitorang tak pergi.
Nak explain panjang pulak, pendek kata korang boleh download Tokyo Metro Subway dan Osaka Rail Map dekat playstore/ appstore, memang jadi rujukan penting lah.
Korang boleh jugak beli kad Pasmo/Suica or JR pass so study la mana yang sesuai ok.
6. Makanan
Satu beg luggage penuh isi makanan kitorang bawak.
Roti, serunding, kewpie, maggi, coklat bar, sosej, tuna, makanan tin, pek brahim's, air 3-in-1, air mineral, bubur nasi, mushroom soup, and biskut tapi biskut la yang tak habis makan hikhik so jangan bawak banyak biskut.
Bila keluar jalan-jalan kitorang cari kedai makan halal, senang je korang usah dekat laman web HMJ-halal media japan or download apps halal gourmet japan, maka keluarlah senarai kedai halal di Japan.
Kalau kedai kecik-kecik jual aiskrim/kuih tu korang tanya je ingredient dy ada tak letak arak/soju/pork, kalau takde tu ok la, asalkan jangan was-was makan.
7. Wifi
Bersepah wifi dekat subway weh.
Tapi nak guna kena la download apps Travel Japan Wifi dulu lepas tu dekat Haneda Airport ada mesin dy, hanya letak passport je lepas tu mesin tu akan printkan slip yang ada password wifi, korang boleh guna selama 2 minggu dekat Japan.
Jadi setiap kali pergi stesen subway, dapat la connect wifi hikhik.
Tapi kitorang sewa jugak pocket wifi masa dekat Tokyo, harga 500yen sehari, sewa dengan host airbnb.
# asha on the map
Saturday, January 16
Tuesday, September 15
Blog sawang
Assalamualaikum.
And yeaaa tetiba rasa nak bukak blog yang dah lama bersawang.
And rasa nak share about travelling tapi taktau nak mula dari mana.
Maybe mula dari trip pulau then tempat-tempat menarik and tempat MAKAN!
U know like Pulau Perhentian-Johor-USS-Krabi-Hatyai-Terengganu-Kelantan-Pahang-Pulau Kapas-Melaka-Langkawi-Japan.
And tetiba blank so nanti lah baru update post haha.
But i will post it by this year. Until then assalamualaikum.
And yeaaa tetiba rasa nak bukak blog yang dah lama bersawang.
And rasa nak share about travelling tapi taktau nak mula dari mana.
Maybe mula dari trip pulau then tempat-tempat menarik and tempat MAKAN!
U know like Pulau Perhentian-Johor-USS-Krabi-Hatyai-Terengganu-Kelantan-Pahang-Pulau Kapas-Melaka-Langkawi-Japan.
And tetiba blank so nanti lah baru update post haha.
But i will post it by this year. Until then assalamualaikum.
Subscribe to:
Posts (Atom)